Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH DUNGUN

Dungun, Isnin, 6 Ogos 2018 Selepas melalui proses tapisan dan pemutihan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dan disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan peringkat Daerah Dungun, satu Program Lawatan Mobile Team telah dianjurkan oleh PPPNT bersama agensi pemberi bantuan MAIDAM, JKM, Pejabat Pembangunan Dungun dan Pejabat DUN Sura. Program ini juga melibatkan lapan kes di sekitar Dungun.

Salah sebuah keluarga yang dilawati iaitu Encik Mohamad Radzi bin Mohamad yang mengharung duka bersama isteri penghidap  kanser payudara telah mendapat perhatian pemimpin setempat. Encik Mohamad Radzi berpindah dari Johor ke Terengganu setelah isteri beliau, Puan Zilah binti Othman disahkan menghidapi penyakit kanser payu dara tahap empat. Kini isteri beliau hanya bergantung kepada ubatan yang dibekalkan hospital dan perubatan alternatif. Namun sel-sel kanser tersebut telah merebak ke organ dalaman dan tulang menyebabkan Puan Zilah tidak mampu berdiri dan menguruskan diri.

Encik Mohamad Radzi menyara isteri dan dua anak yang masih bersekolah dengan bekerja sebagai buruh binaan. Kini beliau juga terpaksa membawa isteri ke tempat kerja kerana tahap kesihatan kian merosot. Pendapatan belaiu juga terhad dan tidak lagi mampu untuk menyara keluarga dan membayar sewa rumah.

Menerusi Program Lawatan Mobile Team kali ini, Encik Mohamad Radzi akan dipertimbangkan untuk mendapat Bantuan Perubatan atau Bantuan Persekolahan daripada MAIDAM, Bantuan Am Bulanan sebanyak RM200 sebulan dan kerusi roda dari JKM. Permohonan Rumah Murah Negeri Terengganu yang dipohon beliau juga mendapat perhatian daripada YB DUN Sura.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 12 Ogos 2018