Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH SETIU

SETIU, Ahad, 1 Oktober 2017 – Satu Lawatan Mobile Team Daerah Setiu telah diadakan di Daerah Setiu melibatkan peserta ekasih yang telah disaring bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada 3 KIR yang tinggal di Kampung Jelapang, Kampung Fikri dan di Kampung Ulu Kekabu. Lawatan ini melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Setiu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Pejabat Daerah Setiu. Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang berdaftar di bawah Sistem eKasih untuk membantu golongan yang memerlukan keluar dari belenggu kemiskinan. Antara bantuan yang dicadang untuk disalurkan dalam lawatan kali ini adalah bantuan bina baru rumah dan bantuan am bulanan.

Salah seorang ketua isi rumah (KIR) yang dilawati iaitu Mohd Rozi bin Husin, 42 tahun di Kampung Jelapang, Setiu - di mana beliau tinggal bersama dengan isteri dan 4 orang anak dalam rumah yang sangat usang. Beliau yang juga bekerja sebagai penoreh getah menampung hidup dan perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah, tidak mampu untuk membaiki rumah sendiri. Kes ini mendapat perhatian daripada Pejabat MAIDAM untuk bantuan bina baru rumah. Ucapan terima kasih  dibibir Mohd Rozi kepada semua yang terlibat termasuk pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penganjur program kerana sudi menziarah dan membantu beliau memiliki kediaman yang selamat dan selesa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 09 Oktober 2017