Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH MARANG

Marang, Isnin, 20 Ogos 2018 Program Lawatan Mobile Team telah berlangsung dengan jayanya bertempat di sekitar Daerah Marang yang melibatkan agensi seperti MAIDAM, JKM, Pejabat Daerah Marang, Pusat Khidmat ADUN Bukit Payung serta Pusat Khidmat ADUN Alor Limbat. Program anjuran PPPNT ini merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat miskin yang memerlukan bantuan yang bersesuaian dengan kadar segera. Program kali ini telah melibatkan 6 orang peserta yang layak dipertimbangkan menerima bantuan selepas melalui proses tapisan di peringkat daerah dan pemutihan oleh PPPNT.

            Salah seorang peserta yang terpilih dalam progam kali ini ialah Encik Ghazali bin Deris, 67 tahun. Kini beliau sakit terlantar akibat masalah strok dan darah tinggi. Lebih perit lagi, salah seorang anak beliau yang menetap bersama turut mengidap masalah strok, kencing manis dan darah tinggi. Sehingga kini, beliau tidak lagi mampu bekerja dan hanya mengharapkan duit bantuan bulanan daripada JKM dan dijaga oleh isteri yang sudah berusia. Kesukaran hidup beliau sekeluarga telah mendapat perhatian agensi yang turut serta dalam program kali ini melalui pemberian sumbangan barangan keperluan dapur oleh PPPNT dan pihak JKM serta MAIDAM Marang telah bersetuju untuk menimbangkan bantuan bina baru tandas dan bekalan pampers kepada keluarga beliau.

            Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang besar kepada peserta yang terlibat bagi meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban mereka berbanding kehidupan mereka pada sebelum ini.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 28 Ogos 2018