Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH MARANG

Marang, Isnin, 22 Mei 2017 –Seramai lapan (8) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang Bilangan 3 Tahun 2017. Lawatan ini telah melibatkan beberapa buah agensi pemberi bantuan antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang (JKM), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Pejabat Daerah Marang serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penganjur yang mengetuai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dengan kadar segera supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
            Salah seorang peserta yang dilawati ialah Zamzori bin Ismail yang menetap di Kampung Rhu Dua, Marang. Beliau menanggung perbelanjaan ahli keluarga seramai 6 orang. Salah seorang anak beliau merupakan Orang Kurang Upaya(OKU) fizikal dan telah menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM200 sebulan. Isteri beliau tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anak termasuk yang berusia 2 tahun dengan masalah kulit dan bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan dari klinik dan farmasi. Keadaan rumah beliau yang daif dan hanya mempunyai sebuah bilik menarik perhatian agensi terlibat untuk bersama-sama mengurangkan beban dan membantu keluarga ini. Justeru itu bantuan perubatan dan pampers, sara hidup dan bina baru rumah di bawah peruntukan MAIDAM telah dicadangkan bagi memastikan aktiviti harian keluarga ini lebih selesa pada masa akan datang.

 

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 31 Mei 2017