Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH MARANG

Marang, Khamis, 20 April 2017 – Seramai empat (4) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang Bilangan 2 Tahun 2017. Lawatan ini telah melibatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pejabat Daerah Marang serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penganjur yang mengetuai lawatan ini. Tujuan lawatan ini dilakukan adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
            Salah seorang peserta iaitu Zulkefli bin Ma’at yang menetap di Kampung Kelulut, Marang merupakan seorang OKU. Beliau menanggung perbelanjaan 7 orang anak yang masih bersekolah dan seorang anak yang masih lagi kecil. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Keadaan ini telah menarik perhatian agensi terlibat untuk bersama-sama mengurangkan beban dan membantu keluarga ini. Justeru itu, bantuan perubatan, persekolahan dan bina baru rumah di bawah peruntukan MAIDAM telah dicadangkan menerusi Program Mobile Team kali ini bagi memastikan aktiviti harian dan kehidupan keluarga ini lebih selesa pada masa akan datang.Peranan semua pihak termasuk Pengerusi J3K sangat penting bagi memastikan golongan yang tidak berkemampuan dapat dibantu dengan segera bagi mengurangkan beban yang ditanggung. 

           

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 02 Mei 2017