Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH MARANG


Marang, Khamis, 22 Mac 2018 – Program Lawatan Mobile Team telah berlangsung dengan jayanya bertempat di sekitar Daerah Marang yang melibatkan agensi pemberi bantuan MAIDAM, JKM dan dianjurkan oleh PPPNT. Program kali ini telah melibatkan 6 orang peserta yang layak dipertimbangkan menerima bantuan selepas melalui proses tapisan dan pemutihan oleh PPPNT dan disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasminan Kemiskinan peringkat Daerah.

Pembangunan yang pesat tidak menjanjikan kesenangan kepada Encik Abd Rahman bin Muda, 42 tahun, salah seorang peserta yang dilawati. Beliau terpaksa menguruskan keluarga seorang diri di samping menjaga 2 orang anak di bawah umur 12 tahun kerana isteri sakit terlantar akibat kemalangan jalan raya. Sehingga kini, Encik Abd Rahman belum berkesempatan untuk bekerja kerana isteri memerlukan perhatian dan penjagaan 24 jam sehari. Sumber pendapatan beliau sekeluarga hanyalah bergantung kepada bantuan daripada JKM. Kesusahan hidup beliau telah menarik perhatian pihak MAIDAM Marang yang bersetuju untuk mempertimbangkan bantuan perubatan, bantuan modal dan bantuan bina baru rumah kepada Encik Abd Rahman sekeluarga.

Sumbangan barangan keperluan dapur dari Pejabat DUN Pengkalan Berangan turut diserahkan kepada semua peserta yang dilawati.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial & Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 25 Mac 2018