Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN MOBILE TEAM KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, Selasa, 21 Februari 2017 Puan Rosniza binti Awang, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 6 bulan yang lepas mempunyai 2 orang anak yang berusia 7 & 4 tahun sangat memerlukan wang pembelanjaan harian bagi melangsungkan kehidupan selepas kematian suami. Ketika ditemui dalam satu Program Lawatan Mobile Team, penceritaan dari jiran-jiran memberitahu bahawa beliau terpaksa meraih simpati untuk mendapatkan bantuan makanan dari jiran-jiran demi sesuap makan untuknya dan anak-anak. Kisah ini telah mendapat perhatian agensi yang turut serta dalam Program Mobile Team pada hari tersebut iaitu Majlis Agama Istiadat Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Pihak MAIDAM telah memberi bantuan segera sebanyak RM100 dan bekalan makanan yang berupa barangan asas memasak telah disumbangkan oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sekiranya diluluskan, Puan Rosniza akan menerima bantuan Bantuan Kanak-kanak setiap bulan dan Bantuan Sara Hidup dari MAIDAM secara one-off. Bantuan ini akan diberikan secepat yang mungkin supaya keluarga ini dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan selesa.
Dalam kes ini, peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir kawasan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Encik Othaman bin Ibrahim, Penghulu Mukim Chendering, Encik Ayub bin Awin dan Agensi Transformasi Rakyat, Puan Noor Hayati binti Daud telah banyak memberi maklumat kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) sebelum melaksanakan Program Mobile Team di kawasan kampung tersebut.

Pada 21 Februari 2017 yang lalu, sebanyak 5 keluarga telah dilawati dan sedang dipertimbangkan bantuan yang bersifat Fast Track dengan kerjasama agensi seperti MAIDAM, JKM, ATRA, PDKT dan PPPNT di Kampung Batu Enam dan Simpang Empat, Chendering

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 28 Februari 2017