Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, Rabu, 3 Mei 2017 – Seramai enam (6) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Terengganu Bilangan 3 Tahun 2017. Dalam lawatan kali ini, salah seorang KIR yang dilawati iaitu Puan Rogayah binti Muda, 53 tahun, tinggal bersama seorang anak yang tidak bersekolah untuk menjaga beliau yang merupakan pesakit buah pinggang kronik. Penglihatan beliau yang kabur membataskan pergerakkan untuk menguruskan diri sendirian.

Selain itu, keadaan anak beliau, 15 tahun yang tidak bersekolah turut mendapat perhatian Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu kerana akan memberi kesan terhadap masa depan anak KIR tersebut. Semasa lawatan tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri telah menyerahkan sumbangan bekalan glucose untuk tempoh 2 bulan bagi kegunaan dialisis KIR. Dengan kerjasama dari semua agensi yang turut serta, pihak MAIDAM akan mempertimbangkan pemberian Bantuan Persekolahan dan Perubatan yang berjumlah RM3,500. Manakala Pejabat DUN Bandar bercadang untuk menyumbangkan sebuah basikal sebagai kemudahan dorongan kepada anak beliau ke sekolah dan meneruskan pembelajaran. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencadangkan supaya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Tuan Haji Sayed Hassan bin Sayed Abd Kadir membuat surat permohonan penambahan bantuan sedia ada sebanyak RM200 sebulan kepada RM300 sebulan.

Wajah gembira jelas terpancar di wajah beliau semasa lawatan diadakan kerana katanya masih ada agensi kerajaan yang prihatian terhadap nasib dan masalah beliau.

 

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 15 Mei 2017