Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

25-11-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Ahad, 7 Mei 2017 – Seramai enam (6) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 3 Tahun 2017. Lawatan ini telah melibatkan beberapa buah agensi pemberi bantuan antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Pejabat DUN Tepoh dan Pejabat DUN Bukit Tunggal. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang melawat peserta yang memerlukan bantuan. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada peserta Mobile Team kali ini telah disediakan oleh Pejabat DUN Tepoh.
            Sesi lawatan sehari yang telah diadakan ini amat memberikan kesan yang positif kepada peserta untuk mendapatkan bantuan secara fast-track, terutamnya bagi kes Mazlina binti Mohamad yang merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak – di mana pada akhir tahun 2016, beliau telah memohon bantuan Baik Pulih rumah yang sangat sempit. Bantuan tersebut telah dipersetujui oleh agensi untuk diberikan kelulusan, tetapi  borang bantuan tidak dapat dilengkapkan kerana tidak memperolehi cap jari dari pemilik tanah sehingga kini.  Melalui program ini, Pengerusi J3K telah mengambil inisiatif untuk membantu mempercepatkan proses lengkapkan borang bantuan tersebut. Segala masalah dan isu yang dihadapi oleh peserta dapat diselesaikan apabila semua agensi yang terlibat memberikan kerjasama yang baik.

 

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 09 Mei 2017