Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Isnin, 20 Febuari 2017 –Seramai lima (5) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 1 Tahun 2017. Lawatan ini melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Daerah Kuala Nerus, Pejabat DUN Bukit Tunggal, Pejabat DUN Tepoh, Pejabat DUN Seberang Takir dan berberapa orang ahli J3K. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penyelaras mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang membawa agensi melihat sendiri serta mencadangkan bantuan yang wajar disalurkan.

Antara kes yang dilawati - di mana KIR yang mempunyai suami warga Thailand dan menetap sudah hampir 30 tahun di Kampung Baloh Tepoh, Kuala Nerus. KIR iaitu Wan Rohani Binti Wan Musa merupakan suri rumah sepenuh masa mempunyai 4 orang anak berumur antara 13 tahun hingga 7 bulan. KIR mempunyai kemahiran dalam membuat kek dan mampu menambah  pendapat keluarga. Sungguhpun begitu, terdapat kekangan untuk KIR menjana mendapatan memandangkan anak sulungnya yang OKU merupakan pesakit Cereble Palsy memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuh masa selain terpaksa meminjam peralatan membuat kuih dengan saudara mara. Perkara ini menyebabkan KIR masih berada dalam kategori miskin. Kes ini mendapat perhatian MAIDAM untuk dipertimbangakan bantuan peralatan membuat kuih dan JPN bagi menyelesaikan isu pendaftaran kelahiran anak KIR.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 21 Februari 2017