Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, Khamis, 22 Februari 2018 Melalui Program Lawatan Mobile Team kali ini, sebanyak enam (6) keluarga telah dilawati dan akan dipertimbangkan untuk diberi bantuan yang bersifat fast-track dengan kerjasama agensi seperti MAIDAM, JKM, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Syarikat Air Negeri Terengganu (SATU), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Agensi Rakyat Transformasi Terengganu (ATRA) di Kampung Pujuk Manir, Kampung Pulau Musang Sungai, Kampung Pak Bang, Kampung Atas Tol, Kampung Undang dan Kampung Kubang Ikan Chendering. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT).

Dalam arus pembangunan yang pesat, masih terdapat golongan miskin yang merasakan diri kurang diberi perhatian oleh masyarakat lalu meminggirkan diri seperti  kes Encik Yahya bin Salleh atau dikenali sebagai ‘Pak Ya’, 62 tahun. Beliau seorang penoreh getah telah menetap di pinggir hutan, di kaki bukit sekitar kawasan Chendering sejak berumur 12 tahun. Akibat terlalu banyak meminggirkan diri di sekitar kawasan hutan menyebabkan beliau terbiasa untuk tinggal di pondok usang tanpa bekalan elektrik dan air bagi kegunaan harian, walaupun masih mempunyai ahli keluarga di kawasan berdekatan. Ketika ditemui dalam Program Lawatan Mobile Team, Pak Ya memaklumkan tidak pernah memohon apa-apa bantuan termasuklah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Kerajaan Negeri (Dana Hari Raya).

Kisah Pak Ya telah mendapat perhatian agensi yang turut serta dalam program kali ini melalui pemberian sumbangan sekampit beras oleh MAIDAM dan bekalan makanan yang berupa barangan berasas keperluan memasak dari Pejabat Penyelaras DUN Batu Buruk. Pak Ya akan serterusnya dipertimbangkan untuk menerima bantuan bulanan MAIDAM dan Bantuan Rumah Sewa.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 27 Februari 2018