Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-07-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, Isnin, 20 November 2017 – Sering kali berlaku kes pecah masuk dalam rumah melalui lubang dan dinding yang reput menyebabkan Puan Anisah binti Awang hidup dalam ketakutan kerana bimbangkan akan keselamatan diri dan keluarga. Beliau terpaksa membawa anak-anak menumpang tidur di tempat beliau bekerja di tempat Asuhan Kanak-Kanak Permata Permint Jaya Chendering sejak 3 bulan yang lalu. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Batu Putih, Chendering telah berbincang dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dan bersetuju untuk melaksanakan Program Lawatan Mobile Team ke rumah beliau bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal tersebut.

            Kehadiran dan komitmen Majlis Istiadat Agama Negeri Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (JKM), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Agensi Tranformasi Rakyat DUN Batu serta Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Feizal bin Haladin dalam Program Lawatan Mobile Team kali ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Anisah yang tidak mampu untuk membaik pulih rumah peninggal arwah suami kerana duit gaji yang diperolehi hanya cukup untuk membesarkan anak-anak.

Kes seperti ini perlu diberi perhatian sebelum menjadi viral di media sosial dan sekali gus boleh merosakkan imej Kerajaan/pemipin setempat. Selain itu, seramai 7 orang lagi peserta turut dilawati pada hari hari tersebut.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 27 November 2017