Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Selasa, 27 Febuari 2018 – Seramai lima (5) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 1 Tahun 2018. Lawatan ini telah melibatkan beberapa buah agensi pemberi bantuan antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) , Pejabat DUN Bukit Tunggal dan Pejabat Dun Tepoh. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan. Sumbangan berbentuk keperluan asas harian telah disediakan oleh Pejabat Parlimen Kuala Nerus.

Seorang KIR yang dilawati iaitu Puan Mazidah yang tinggal bersama 4 orang anak di Kampung Bukit Jong, Tepoh menghadapi kesukaran hidup apabila suami dimasukkan ke penjara dan seorang anak lelaki ditempatkan di Pusat Serenti. Kelebihan yang dimiliki dalam menyediakan makanan dijadikan sebagai punca rezeki beliau untuk menyara keluarganya melalui berniaga makanan pagi dan tengahari di gerai peninggalan adiknya. Pihak YPKT telah menawarkan Puan Mazidah pinjaman untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Selain itu, JKM juga menyatakan bahawa beliau layak untuk mendapat Geran Pelancaran (GP) tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan oleh agensi.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 01 Mac 2018