Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS


KUALA NERUS, Selasa, 10 April 2018 – Seramai enam (6) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 2 Tahun 2018. Lawatan ini telah melibatkan beberapa buah agensi pemberi bantuan seperti Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat DUN Bukit Tunggal dan Pejabat DUN Tepoh. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan penyelesaian masalah. Sumbangan berbentuk keperluan asas harian telah disediakan oleh Pejabat DUN Batu Rakit. Selain itu juga, Pegawai Daerah Kuala Nerus turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100 kepada setiap KIR yang dilawati. Sumbangan tersebut diserahkan melalui Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

Menerusi lawatan sehari ini, salah seorang KIR yang dilawati iaitu Puan Wan Ramlah binti Wan Wan Ismail, seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Baru Seberang Takir mengucapkan tanda syukur dengan sumbangan yang diberikan dan bantuan yang bakal diterima. KIR merupakan penerima bantuan Bulanan AM JKM sebanyak RM200 sebulan kerana tidak lagi mampu bekerja akibat usia yang terlalu tua. Keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh semua agensi yang terlibat telah mengukir kegembiraan pada wajah beliau.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 12 April 2018