Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017


PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, 17 dan 18 Julai 2017 - Seramai sepuluh (10) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 4 Tahun 2017. Lawatan ini telah melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan antaranya - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Pejabat DUN Tepoh. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang melawat peserta yang memerlukan bantuan.

Lawatan selama 2 hari yang diadakan ini amat memberikan impak positif terutamanya kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Awang bin Puteh yang merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan. Beliau yang lumpuh sejak 23 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya tidak berupaya keluar bekerja dan memerlukan bantuan isteri untuk menguruskan diri. Melalui Program Lawatan Mobile Team yang dijalankan, hasrat beliau untuk menjadi guru agama (mengajar mengaji di rumah) yang diiktiraf oleh Yayasan Islam bagi menampung keperluan harian keluarga melalui bayaran elaun guru agama dapat direalisasikan. Lawatan yang disertai oleh pengerusi J3K kampung tersebut turut memudahkan proses permohonan beliau untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan dari Pengerusi J3K. Lawatan yang diadakan ini bukan sahaja membantu dari aspek bantuan tetapi dapat menyelesaikan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh peserta.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 24 Julai 2017