Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

18-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KEMAMAN

Kemaman, Rabu, 27 Februari 2018 Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu telah menziarahi rumah peserta eKasih melalui Program Lawatan Mobile Team. Lawatan ini turut disertai oleh wakil dari MAIDAM, JKM, Pejabat Daerah, Pejabat Kesihatan dan Pejabat DUN Cukai. Lawatan ke rumah peserta melalui program ini, akan memberi peluang kepada agensi untuk mendapatkan maklumat serta mengenalpasti keperluan setiap kes secara teliti. Sumbangan barangan keperluan asas makanan harian secara one-off turut diserahkan bagi mengurangkan beban perbelanjaan kos sara hidup setiap peserta.

Abdul Rapar, 78 tahun melahirkan rasa bersyukur atas kesudian agensi Kerajaan mengunjungi rumah beliau dan pihak MAIDAM telah membantu permohonan bantuan tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat disebabkan faktor kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Selain itu, Sanisah 39 tahun yang menetap di Kg. Bukit Kuang berasa sebak dengan kunjungan ini memandangkan beliau tidak mempunyai kenderaan untuk pergi membuat sebarang urusan permohonan bantuan di mana-mana jabatan walaupun menghadapi masalah kewangan yang agak kritikal. Pihak MAIDAM akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 06 Mac 2018