Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KEMAMAN

KEMAMAN, Rabu, 27 April 2017 – Seramai empat (4) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kemaman Bilangan 3 Tahun 2017 pada 27 April  2017. Lawatan ini telah melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan antaranya - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman (PKMDK), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Pejabat Dewan Undangan (DUN) Kijal yang diwakili oleh Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) dan juga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang melawat peserta yang memerlukan bantuan.

Salah seorang Ketua Isi Rumah yang dilawati iaitu Puan Che Wan Selamah binti Che Soh yang tinggal di Kampung Pondok Pasir Kijal mengucapkan syukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua agensi yang terlibat kerana sudi melawat dan melihat sendiri keadaan rumah beliau. KIR, seorang warga emas yang berumur 87 tahun tinggal seorang diri dan mempunyai masalah kesihatan tinggal dalam sebuah rumah yang daif. Puan Che Wan Selamah merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan. Menerusi Program Lawatan Mobile Team kali ini, bantuan yang disyorkan adalah bantuan Baik Pulih rumah yang akan dipertimbangkan oleh pihak MAIDAM.

Selain itu, wakil Pejabat Daerah Kemaman telah menyumbangkan barangan keperluan asas semasa program ini berlangsung kepada semua KIR yang dilawati.

 

Sumber : Seksyem Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 08 Mei 2017