Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH DUNGUN

Dungun, Rabu, 21 Februari 2018 Dalam arus kemodenan ini masih terdapat segelintir masyarakat yang tersepit dengan kemiskinan. Ketika ditemui dalam satu program Lawatan Mobile Team, Puan Lizawati, 36 tahun, dari Kampung Limbong, Paka, dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) bahawa beliau kini tinggal di rumah pusaka peninggalan ibunya yang sangat uzur dan dhaif di mana sebahagian rumah sudah hampir roboh dan atap juga mulai bocor. Beliau merupakan isteri kedua kepada seorang mekanik kecil-kecilan di Bandar Dungun. Hasil dari perkahwinan tersebut beliau dikurniakan tiga orang anak yang berumur tujuh tahun, lima tahun dan dua tahun. Namun beliau hanya menerima nafkah sekitar RM15-RM50 sekiranya suami datang menjenguk. Ketidakcukupan keperluan harian banyak dibantu atas ihsan adik-beradik yang tinggal di sekitar. Memandang anak-anak yang masih kecil beliau tidak mampu untuk keluar mencari pekerjaan. Kisah ini telah mendapat perhatian daripada agensi yang hadir dalam program tersebut dan sekampit beras telah disumbangkan oleh pihak Majlis Agama Istiadat dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Manakala sumbangan bekalan asas makanan telah disumbangkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT). Puan Lizawati akan dipertimbangkan untuk mendapat Bantuan Sara Hidup daripada MAIDAM dan Bantuan Kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan Baikpulih Rumah dan Pendawaian Elektrik Baru juga akan disumbangkan oleh Pejabat Pembangunan Dungun.

Selain daripada itu, lawatan kali ini juga telah melibatkan 4 lagi keluarga di Kampung Gong Pasir, Kampung Teluk Bidara dan Kampung Alor Tempoyak.

 

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 01 Mac 2018