Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
20/08/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Selasa, 21 Mac 2017 Seramai enam (6) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 2 Tahun 2017. Lawatan ini telah melibatkan beberapa buah agensi pemberi bantuan antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu dan Pejabat DUN Tepoh. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang melawat peserta yang memerlukan bantuan. Dalam lawatan sehari ini, turut hadir ialah Penyelaras DUN Tepoh iaitu, Tuan Haji Rosli bin Omar. Sumbangan goodies untuk peserta Mobile Team turut disediakan oleh Pejabat DUN Tepoh.

Salah seorang Ketua Isi Rumah yang dilawati iaitu Puan Sinum Binti Mohd Zin mengucapkan syukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada semua agensi yang terlibat kerana sudi melawat ke rumah beliau dan melihat sendiri keadaan rumahnya. KIR yang berumur 74 tahun tinggal bersama 3 orang cucu yang masih bersekolah kerana ibu-bapa mereka telah bercerai. Puan Sinum tidak bekerja disebabkan oleh sakit tua dan tidak menerima bantuan dari mana-mana agensi. Selain itu juga, keadaan rumah beliau turut mendapat perhatian MAIDAM kerana dinding yang telah reput dan tidak tertutup dengan sempurna dikhuatiri mengancam keselamatan beliau dan cucu-cucunya yang meningkat remaja. Wajah gembira jelas terpancar di wajah beliau semasa lawatan diadakan, kerana katanya masih terdapat agensi kerajaan yang prihatian terhadap masalah beliau.



Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 23 Mac 2017