Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

MESYUARAT PENYELARASAN BAIK PULIH RUMAH PROGRAM TOUCH POINT FASA 2
BAGI NEGERI TERENGGANU

Satu Mesyuarat Penyelarasan Baikpulih Rumah di bawah Program Touch Point Fasa 2 Bagi Negeri Terengganu telah diadakan pada 07 November 2017 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.  PPPNT telah diarahkan meneruskan pelaksanaan program tersebut sebagai kesinambungan kepada program yang sama yang telah dilancarkan pada 26 Julai 2017 yang lalu. Program ini telah mendapat feedback yang memberangsangkan di mana ianya merupakan program yang sangat menyentuh hati rakyat dan juga mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Bagi fasa 2 ini sebanyak 400 buah rumah/KIR yang layak akan dibaikpulih melibatkan 4 buah Parlimen iaitu Parlimen Kuala Nerus, Parlimen Marang, Parlimen Dungun dan Parlimen Kemaman. Program ini akan dilaksanakan secara gotong royong mengikut Garis Panduan Baik Pulih Rumah Di Bawah Projek Touch Point Tahun 2017.

Mesyuarat ini dipengerusi oleh YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Pegawai Pembangunan Kemaman, Pegawai Pembangunan Marang, Pegawai Pembangunan Dungun, Pejabat Daerah Kuala Nerus, Pejabat Daerah Kemaman, Pejabat Daerah Marang, Pejabat Daerah Dungun,  10  Agensi Kerajaan (BOMBA, APM, Giatmara, Uniza, UMT, IKBN, Politeknik, RELA, dan sebagainya lagi) serta  pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.  Semoga program seumpama ini dapat meringankan beban rakyat dan membantu golongan sasar yang berkelayakan.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 13 November 2017