Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-11 BIL.3/2018 BERSAMA JABATAN/AGENSI DI NEGERI TERENGGANU

4 September 2018 (Selasa) – Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan RMKe-11 Bil. 3/2018 bersama Jabatan/Agensi Di Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Antara pihak yang hadir ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBS), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Majlis Pembangunan ECER (ECER) dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC).

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan projek-projek RMKe-11 Negeri Terengganu yang berstatus ‛ Lewat Jadual (LJ)’. Sebanyak sebelas (11) projek Lewat Jadual telah dibentangkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan iaitu:

  1. ECER - Pembangunan Kuala TerengganuCity Centre (KTCC) – Fasa II
  2. JKR    - Membina Kuala Terengganu By-Pass
  3. JKNT - Naik Taraf Insfrastruktur Dan Fasiliti Di Hospital Kemaman, Terengganu
  4. JKNT - Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Kampung Raja, Besut, Terengganu
  5. JKNT - Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Marang, Terengganu
  6. JKNT - Klinik Kesihatan (Jenis 7) Pasir Gajah, Kemaman
  7. JKNT - Klinik Kesihatan (Jenis 7) Seberang Tayor, Kemaman
  8. KBS   - Menaiktaraf Dewan Besar, Asrama Dan Padang Sedia Ada Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
  9. MOTAC         – Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Setiu Wetland, Terengganu
  10. UNISZA         – Pembinaan Bangunan Akademik Dan Pentadbiran, Kampus Besut, Terengganu
  11. KETENGAH – Membekal, Menghantar, Menanam Dan Menyelanggara Tanaman Lada Hitam Di Atas Tanah Seluas 30 Hektar Di Pt1210, Jalan Pasir Raja, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

 


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 10 September 2018