Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
31/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK RMKe-11 BIL 2/2017 NEGERI TERENGGANU

8 Ogos 2017 - Mesyuarat Penyelarasan RMKe-11 Bil 2/2017 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPPNT, Tingkat 10, Wisma Darul Iman. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan dan Agensi Persekutuan di Negeri Terengganu dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Encik Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian.

Mesyuarat tersebut membincangkan berkenaan prestasi pelaksanaan dan pengemaskinian maklumat projek-projek RMKe-11 merangkumi projek-projek RP1 dan RP2. Ketua Penolong Pengarah (KPP), Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT iaitu Encik Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar turut membentangkan kertas Laporan Prestasi Pelaksanaan Program/Projek Pembangunan RP2 RMKe-11 Negeri Terengganu dan Prestasi Perbelanjaan Projek  Peruntukan Pembangunan Rolling Plan Kedua RMKe-11 Jabatan/Agensi Di Negeri Terengganu.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 09 Ogos 2017