Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

MESYUARAT PENYELARASAN RMKe-11 BILANGAN 6 TAHUN 2017 BERSAMA JABATAN/AGENSI DI NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu - Mesyuarat Penyelarasan RMKe-11 Bilangan 6 Tahun 2017 bersama Jabatan/Agensi di Negeri Terengganu telah diadakan pada 20 Disember 2017 (Rabu) dan dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (TPKN), Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan/Agensi (Negeri Terengganu) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Besut dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Mesyuarat ini membincangkan status terkini pelaksanaan projek-projek jabatan/agensi masing-masing dengan penumpuan kepada projek-projek Lewat Jadual (LJ)d an Dalam Perancangan serta projek-projek yang mengalami prestasi perbelanjaan yang rendah. Perkara-perkara berkaitan persediaan Mesyuarat JKTNg Bil. 6/2017 turut dibincangkan.  

Untuk rekod, pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan RMK 11 telah berjaya mencapai sasaran tahunan yang ditetapkan iaitu sebanyak 6 kali dengan pencapaian 100%.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu berakhir pada jam 4.30 petang.  


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 28 Disember 2017