Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL 3/2017

6 Julai 2017 (Khamis) - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 3/2017 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek negeri dan persekutuan. Mesyuarat memfokuskan kepada perancangan dan agenda pelaksanaan projek bagi tahun 2017 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.

Dalam mesyuarat tersebut, tiga (3) Kertas Taklimat telah dibentangkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan iaitu:

 (i) Isu Bauksit  di Daerah Kemaman dibentangkan oleh Pejabat Daerah Kemaman;

(ii) Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Rolling Plan Kedua (2017) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Jabatan/Agensi di Negeri Terengganu dibentangkan oleh  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu; dan

(iii) Isu-Isu Sosial dibentangkan oleh Pejabat Daerah Dungun.

Kertas Laporan juga telah dibentangkan oleh Pejabat ini yang berkaitan dengan  Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Laporan Projek Fizikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Laporan Prestasi Bank Data Kemiskinan e-Kasih bagi tahun 2017 dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu melaporkan  mengenai Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2017.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

 


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 09 Julai 2017