Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN KERJA PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KE PROJEK RMKe-11 DI DAERAH KEMAMAN

Kemaman, 2 September 2018 – Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Terengganu, YBhg. Dato Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah mengadakan lawatan kerja ke projek-projek RMKe-11 yang sedang dalam pelaksanaan di sekitar Daerah Kemaman. Lawatan ini turut disertai pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, pegawai JKR, PPD, wakil kontraktor dan perunding.  

Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT237, Kemaman dan projek Menaiktaraf/Meninggikan Aras Jalan Chukai ke Air Putih, Sungai Pinang, Kemaman di pejabat tapak. Taklimat disampaikan oleh wakil Pegawai Penguasa projek tersebut. Objektif utama kedua-dua projek ialah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalanraya tersebut di samping menyediakan akses dan connectivity kepada penduduk sekitar terutamanya ketika musim banjir.

Lawatan seterusnya ialah ke Pembinaan Sekolah Baharu 30 BD dan Lain-Lain Kemudahan SMK Permai, Kemaman yang merupakan projek yang dilaksanakan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Projek ini telah bermula di tapak sejak 27 Disember 2017 dan dijangka siap pada Oktober 2019. Projek tersebut sangat penting untuk menyediakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar-pelajar.

Seterusnya, PKN turut meninjau perkembangan terkini projek pembinaan sekolah daif yang dilaksanakan oleh KPM. Terdapat dua (2) buah sekolah di Daerah Kemaman yang menerima bangunan baharu di bawah pakej ini iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Iman dan Sekolah Kebangsaan Mak Lagam. Dengan siapnya projek ini, pihak pentadbiran sekolah merancang untuk melaksanakan sekolah satu sesi untuk sesi persekolahan tahun hadapan. 

Lawatan diakhiri dengan kunjungan PKN ke projek yang dilaksanakan Seksyen Khas iaitu Pembinaan Gelanggang Futsal di Kijal, Kemaman.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 03 September 2018