Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

25-11-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

LAWATAN PEMANTAUAN – HEALTHCHECK KE PROJEK  PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI BESUT DI KUALA BESUT

Besut - Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Terengganu, YBhg. Dato' Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi bersama-sama pegawai pemantau Seksyen Pemantauan dan Penilaian (P&P) PPPN Terengganu telah mengadakan Lawatan Pemantauan – Healthcheck  ke Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut di Kuala Besut pada 10 April 2017.  Lawatan dan taklimat di tapak oleh pihak JPS Besut bermula pada jam 11.30 pagi.

Laporan pelaksanaan projek tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) Terengganu Bil. 2/2017 pada 4 April yang lalu dan sehingga tarikh lawatan, projek tersebut berstatus Ikut Jadual (IJ).  Ia dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu dan dijangka siap pada tahun 2019. Projek tersebut merupakan salah satu daripada komponen projek Gerbang Pelancongan Kuala Besut.

Selepas lawatan dan taklimat berakhir kira-kira pada jam 12.50 tengahari, Pegawai Kemajuan Negeri turut meninjau lokasi dan persiapan tempat bagi Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 April 2017 di Pekan Kuala Besut. Tinjauan dan taklimat di lokasi berakhir-kira-kira pada jam 2.00 petang.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 11 April 2017