Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN TIMB MENTERI KERJA RAYA

Kuala Terengganu, 19 Julai 2018 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tn Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Negeri Terengganu dan  Kunjung Hormat Ke Pejabat YAB Menteri Besar Terengganu pada 19 Julai 2018. PPPNT diwakili oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, YBrs. Tn Haji Jamaruslam bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, En. Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar dan beberapa pegawai pemantau dari seksyen yang sama. Fokus utama lawatan kerja pada kali ini ialah bagi melihat dan membincangkan keadaan terkini Projek Membina Kuala Terengganu By-Pass (KT ByPass) yang kini berada pada kadar 70% pembinaan. Projek ini dijadualkan siap pada bulan Januari 2019.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan status semasa projek yang berlangsung di Bilik Gerakan JKR Negeri, Wisma Negeri. Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu menerangkan secara terperinci isu-isu yang tertunggak dan mengganggu kelancaran projek.

Selepas taklimat berakhir kira-kira pada jam 11 pagi, rombongan YB Timbalan Menteri Kerja Raya mengadakan kunjung hormat ke Pejabat YAB Menteri Besar Terengganu bagi membincangkan isu-isu projek di Negeri Terengganu terutama yang melibatkan hubungan langsung di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Isu berkaitan Projek KT ByPass turut dibincangkan dan beberapa cadangan penyelesaian telah dipersetujui demi kelangsungan projek dan manfaat rakyat amnya.

Seterusnya lawatan kerja diteruskan dengan rombongan YB Timbalan Menteri Kerja Raya melawat tapak projek dan mengadakan sidang media. Lawatan berakhir kira-kira pada jam 2.30 petang. Projek ini mendapat perhatian pelbagai pihak terutama para penduduk Kuala Terengganu yang mengharapkan isu kesesakan lalu lintas serta pemendekan jarak perjalanan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dapat dinikmati dalam tempoh yang dirancang.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2018