Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN KERJA EXCO INFRASTRUKTUR, KEMUDAHAN AWAM, UTILITI DAN TEKNOLOGI HIJAU KE DAERAH KEMAMAN

Kemaman, 13 September 2018 – YB Dr. Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kemaman bagi memantau perkembangan projek-projek pembangunan dan isu-isu berkaitan. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai dari JKR, JPS, UPEN, JKPTG,PD&T Kemaman, PPPNT dan jabatan-jabatan berkenaan. 

Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT237, Kemaman, projek Menaiktaraf/Meninggikan Aras Jalan Chukai ke Air Putih, Sungai Pinang, Kemaman dan Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kerja Naiktaraf Laluan FT3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di pejabat tapak oleh pegawai penguasa projek tersebut. Objektif utama kedua-dua projek ialah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalanraya tersebut di samping menyediakan akses dan connectivity kepada penduduk sekitar terutamanya ketika musim banjir sekaligus meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi penduduk setempat. YB Dr. Mamad turut berkunjung ke tapak projek untuk taklimat lebih terperinci prestasi semasa projek.

Lawatan diakhiri dengan kunjungan YB Exco ke Pejabat Daerah Kemaman untuk mendengar taklimat Projek Pembangunan Daerah Kemaman yang disampaikan oleh KPP Pembangunan Daerah Kemaman


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 19 September 2018