Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN KERJA RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE HULU TERENGGANU, TERENGGANU


12 April 2018, Hulu Terengganu – Satu lawatan kerja rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diadakan di perkarangan Dataran Pasar Kuala Berang, Hulu Terengganu pada hari ini. Hadir sama pada majlis ini adalah YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif, YB Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Sri Jailani Johari beserta barisan Exco Negeri Terengganu dan rakyat Terengganu yang dianggarkan seramai 10,000 orang.

YAB Timbalan Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 1.30 petang dan terus bertolak ke Hulu Terengganu bagi perjumpaan tertutup bersama barisan UMNO Hulu Terengganu. Beliau kemudiannya bergerak ke Dataran Pasar Kuala Berang pada jam 3.20 petang bagi Program Leadership Visit Negeri Terengganu.

Dalam teks ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan kelulusan bagi 3 projek baru bagi rakyat di Hulu Terengganu iaitu Projek IPD Hulu Terengganu yang baru dengan kos RM150.0 juta, Projek Pembinaan Baru Masjid Kampung Pasir Dula dengan kos RM4.0 juta dan Projek Pusat Komuniti Kampung Teris dengan nilai RM250,000.00. Diharap semoga rakyat di Hulu Terengganu mendapat manfaat setelah siapnya projek tersebut.

Di samping itu turut hadir ke program ini ialah Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM (Penyelarasan Projek Khas), Encik Mohd Razali bin Wahab, dan pegawai PPPN Terengganu.

Program tersebut selesai pada jam 5.30 petang dan YAB Timbalan Perdana Menteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang.



Sumber: Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 15 April 2018