Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN FORENSIK PROJEK RMK11- PEMBINAAN EMPANGAN DASAR (LOW WIER) DI SKIM PENGAIRAN PENGKALAN NANGKA,BESUT DAN PROJEK PEMBINAAN POLITEKNIK HULU TERENGGANU

26 Januari 2017  – Besut,  Timbalan Pengarah Sektor Referal dari Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal (BKRT) ICU JPM, Encik Badrul Hisham bin Baharom dan Encik Muhammad Ikhwan bin Zakaria, Penolong Pengarah Sektor Konsultatif BKRT  bersama-sama pegawai-pegawai Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPNT) Terengganu telah mengadakan lawatan pemantauan ke projek Pembinaan Empangan Dasar ( Low Wier) Di Skim Pengairan Pengkalan Nangka, Besut.

Sesi taklimat dan lawatan ke sekitar projek dikendalikan oleh pihak kontraktor dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengairan dan Saliran (BPSP), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA KETARA),  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  dan pihak Perunding MSA.

Lawatan bermula kira-kira pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 tengahari.

Seterusnya En. Badrul Hisham bin Baharom dan En. Muhammad Ikhwan bin Zakaria   bersama-sama pegawai-pegawai Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPPNT menyambung semula lawatan pemantauan ke Projek Pembinaan Politeknik Hulu Terengganu. Sesi taklimat dan lawatan ke sekitar projek dikendalikan oleh pihak kontraktor dan Jurutera Daerah JKR Hulu Terengganu bersama-sama pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu, pihak Perunding dan Arkitek. Lawatan berakhir pada jam 2.30 petang.

 

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh : 01 Feb 2017