Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

25-11-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI, YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DAERAH KUALA NERUS

7 Januari 2017 - SK Banggol Peradong dan SK Bukit Guntong yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Kuala Nerus turut menjadi lokasi lawatan kerja oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

YAB.Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sepanjang lawatannya bagi meninjau keadaan mangsa banjir di daerah ini berpuas hati dengan kemudahan yang telah disediakan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu yang mana mengikut prosedur operasi standard (SOP) banjir dan bencana negara.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi serta Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan ini dilaporkan mengalami penurunan berbanding sebelumnya menjangkakan keadaan banjir akan pulih dalam beberapa hari lagi ekoran limpahan banjir dari Hulu Terengganu dan Setiu yang turut mengalir ke daerah ini.   YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan dan beramah mesra dengan mangsa banjir.

Lawatan yang bermula kira-kira pada jam 2.30 petang itu berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh : 08 Januari 2017