Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS MELETAK BATU ASAS VELODROM TERENGGANU


Kuala Terengganu, 29 Mac 2018 – Majlis Meletak Batu Asas Velodrom Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Mac 2018 bertempat di Perkarangan Pejabat UMNO Dungun dan berakhir dengan perletakan batu asas di Tapak Velodrom di Kampung Balai Besar,Dungun.

Majlis yang sederhana tetapi bermakna ini dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, YB. Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Terengganu, YB Dato’ Din Adam selaku Pegawai Pembangunan Dungun, YB Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Haji Zubir Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad, Pegawai Daerah Dungun, YBhg. Dato Ahmad Shapawi bin Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ketua-ketua Jabatan, pemimpin setempat dan penduduk sekitar Dungun.

YB. Khairy dalam ucapannya turut menyatakan bahawa idea Velodrom Terengganu ini dicetuskan oleh Mantan Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan akhirnya pada tahun 2018, beliau berjaya menterjemahkan idea ini menjadi kenyataan. Rekabentuk velodrom yang bernilai RM12.0 juta ini diinspirasikan daripada rekaan ‘Roubaix Velodrom’ yang membolehkan laluan masuk terus dari lebuhraya ke velodrom. YB. Khairy turut mengisytiharkan Negeri Terengganu sebagai ‘The Home of Malaysian Cycling’ dan menamakan velodrom ini sebagai Velodrom Azizulhasni Awang sebagai pengiktirafan kepada jasa-jasa beliau dalam mengharumkan nama negara. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YAB Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang turut menyampaikan insentif kepada “The Pocket Rocketman” dan kumpulan berbasikal Terengganu Cycling Team (TSG) di atas kejayaan cemerlang dalam Le Tour de Langkawi baru-baru ini.

Majlis pada petang itu diakhiri dengan konvoi berbasikal sejauh 5.7km yang bermula di Perkarangan Pejabat UMNO Dungun ke Tapak Velodrom di Kampung Balai Besar untuk upacara meletak batu asas projek.



Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 03 April 2018