Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN KERJA OLEH KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE JKR TERENGGANU


Kuala Terengganu, 03 April 2018 – Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir.Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke JKR Terengganu. Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Dato Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri, Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri dan pegawai pemantau dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT. Lawatan kerja selama sehari ini dimulakan dengan kunjungan ke Tapak Projek Klinik Kesihatan Jenis (3) Dengan Kuarters, Marang dan turut disertai oleh Pengarah JKNT, Dr. Haji Mohammad bin Nor. Jurutera Daerah Marang, Tuan Ir. Amalludin bin Zolkifli telah mebentangkan prestasi semasa projek yang direkabentuk untuk menampung 400 orang pesakit.

Lawatan tapak yang kedua ialah di SMK Sultan Mansor, Marang. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat bangunan baru di bawah Projek Pembinaan Semula dan Menaik Taraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah Industrialized Building System (IBS) Fasa 1 2018 yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia.
 YBhg. KPKR turut melawat Projek Dewan Tok Jembal, Kuala Nerus yang merupakan projek di bawah peruntukan YAB Perdana Menteri. Dewan Serbaguna Tok Jembal dijangka mampu memuatkan sehingga 1,000 orang dalam satu-satu masa turut dilengkapi dengan kemudahan surau, bilik persalinan dan bilik VIP. Dewan ini boleh digunakan sebagai pusat pemindahan banjir dan bagi kegiatan masyarakat setempat.

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA pada jam 2.30 petang. Semoga kerjasama di antara JKR selaku agensi pelaksana dan ICU JPM yang merupakan agensi pemantau sentiasa kukuh dalam memastikan projek-projek pembangunan negara dapat memenuhi output dan mencapai outcome yang disasarkan.



Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 04 April 2018