13 Julai 2017, Kemaman - Satu Lawatan Tapak bagi Sebutharga Projek Membina dan Menyiapkan Gelanggang Futsal Berbumbung Serta Kerja-kerja Berkaitan di kawasan Bandar Baru Kijal, Mukim Kijal, Kemaman telah diadakan hari ini dan dihadiri oleh 19 orang kontraktor kelas G2. Lawatan tapak ini diurusetiakan oleh Encik Mohd Junpalos bin Abas, Penolong Jurutera Gred JA29, Encik Badrul Hisyam bin Mohamad, Penolong Jurutera Gred JA29 dan Encik Wan Abdul Hakim bin Wan Chik, Juruteknik Gred J19 yang mewakili Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Sebutharga ini telah diiklankan pada 05 Jun 2017 dan tarikh tutup sebutharga pada 04 Julai 2017.
Kontraktor yang menghadiri lawatan tapak pada hari ini boleh memuat turun borang sebutharga bersama-sama butiran dan cadangan pelan mulai 14 Julai 2017 dengan melayari Laman Web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT). Projek ini akan dilaksanakan pada tahun ini. |