Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

15-12-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

LAB PEMANTAPAN PENGEMASKINIAN SISTEM eKASIH BERSAMA AGENSI  PELAKSANA PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Kuala Terengganu, 05 Oktober 2017 (Khamis) – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) telah mengadakan Lab Pemantapan Pengemaskinian Sistem eKasih Bersama  Agensi Pelaksana Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Terengganu Bilangan 3 Tahun 2017 pada 5 Oktober 2017 di  Makmal Komputer, Pusat Latihan ICT Negeri Terengganu. Agensi yang terlibat adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Semua Pejabat Daerah.  

Program ini diadakan bagi tujuan berikut:

  1. Meningkatkan kemahiran desk officer setiap agensi  yang terlibat secara langsung dengan penggunaan Sistem eKasih;
  2. Meningkatkan prestasi penggunaan sistem bagi tujuan pengemaskinian makumat bantuan peserta agar ia sentiasa terkini dan reliable;
  3. Perkongsian maklumat terbaru dan perubahan terkini pada Sistem eKasih yang perlu diketahui oleh setiap agensi yang terlibat; dan
  4. Meningkatkan kecekapan proses pengemaskinian maklumat bantuan dan validity data eKasih agar tidak diragui orang awam.
Secara keseluruhannya Program yang diadakan secara berkala ini adalah amat penting bagi memastikan agensi sentiasa sedar bahawa Sistem eKasih adalah tanggungjawab semua agensi kerana ia merupakan sistem tunggal yang menggumpulkan kesemua bantuan kepada rakyat miskin (peserta eKasih).

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 09 Oktober 2017