Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KE TAPAK PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) SEBERANG TAYOR, SEKOLAH DAIF (SEKOLAH  KEBANGSAAN RKT SEBERANG TAYOR) DAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) PASIR GAJAH

Dungun, 23 Julai 2018 – Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah mengadakan lawatan pemantauan ke projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Seberang Tayor, Sekolah Daif Daerah Kemaman iaitu Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor dan projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Pasir Gajah.

 Lawatan ini turut diiringi oleh pegawai pemantau dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian (PNP). Lawatan bermula dengan mesyuarat tapak di Pejabat Projek KK Seberang Tayor yang dipengerusikan oleh Jurutera Bangunan Daerah Kemaman. JB turut mengiringi PKN ke projek sekolah daif Fasa 1 yang dilaksanakan oleh JKR iaitu di Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor yang menerima bangunan baru 12 bilik darjah. Lawatan pada hari itu berakhir di tapak projek KK Pasir Gajah dimana PKN turut menyertai mesyuarat tapak dan lawatan ke tapak projek.

PKN menegaskan agar kontraktor mengambil langkah proaktif dalam pengurusan projek dan sentiasa berkerjasama dengan JKR selaku pegawai penguasa projek supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan dan rakyat setempat dapat mengecap hasil pembangunan di kawasan masing-masing.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 25 Julai 2018