Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM KELESTARIAN AKTIVITI VERIFIKASI eKASIH PERINGKAT DAERAH BERSAMA PEMIMPIN SETEMPAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2018

Kemaman, Isnin, 8 Oktober 2018 - Program Kelestarian Aktiviti Verifikasi eKasih Peringkat  Daerah Bersama Pemimpin Setempat Daerah Kemaman Tahun 2018 anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) telah diadakan di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Seramai 294 orang peserta telah dijemput yang terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman (PKMDK), Penghulu Mukim dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kemaman.

Kehadiran program kali ini amat memberangsangkan di mana hampir semua MPKK hadir untuk mendengar taklimat bantuan yang disediakan oleh PKMDK dan MAIDAM serta pencerahan berkaitan eKasih untuk diuar-uarkan kepada penduduk di kawasan masing-masing. Program seperti ini merupakan platform yang baik untuk menjalinkan kerjasama erat antara PPPNT dengan agensi dan pemimpin setempat dalam memudahkan pelaksanaan tugasan terutama dalam aktiviti pemutihan, verifikasi eKasih, Mobile Team serta lain-lain program dan projek yang melibatkan rakyat dan pemimpin setempat.

Program ini juga membuka minda dan memberi dorongan kepada pemimpin setempat untuk menjiwai peranan masing-masing sebagai jentera penting yang membantu Kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di Negeri Terengganu. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini : 10 Oktober 2018