Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PERINGKAT NEGERI (JPPPNG) ICU JPM BIL. 1/2018


Putrajaya, 14 Mac 2018 (Rabu) - Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Peringkat Negeri (JPPPNg) ICU JPM Bil. 1/2018 yang dipengerusikan oeh Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan dan Penilaian Pembangunan) ICU JPM YBrs. Dr. Shahrazat binti Hj. Ahmad telah berlangsung di Bilik Gerakan Khas, Ibu Pejabat ICU JPM. Mesyuarat tersebut dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai pemantau Negeri dan Ibu Pejabat.

Sebanyak lima (5) kertas taklimat telah dibentangkan iaitu;
(i)      Projek MySuria oleh pihak Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA);
(ii)     Pencapaian Prestasi Fizikal dan Kewangan RP2 RMKe11 Mengikut Negeri
         Ketersediaan Project Implementation Readiness (PIR) Mengikut Negeri oleh pihak Ibu Pejabat ICU JPM;
(iii)    Taklimat dan Demonstrasi Shared Doc oleh pihak Ibu Pejabat ICU JPM;
(iv)    Status Pelaksanaan Sekolah Daif oleh pihak Ibu Pejabat ICU JPM; dan
(v)     Pembentangan Amalan Terbaik Pemantauan Negeri oleh PPPN Sabah

Objektif utama jawatankuasa ini adalah membincangkan isu-isu pemantauan dan penilaian projek yang dihadapi oleh pegawai-pegawai pemantau di peringkat Ibu Pejabat/Negeri selain perkongsian maklumat dan peningkatan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan pegawai.

Mesyuarat JPPPNg ICU JPM ini dijadualkan sebanyak empat (4) kali bagi tahun 2018 dan akan turut melibatkan salah satu PPPN sebagai tuan rumah pada masa akan datang.

PPPN Terengganu diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian (N) iaitu En. Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar dan PP(N), En. Mohd Naharruddin bin Mohd Yakin.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang tersebut berakhir pada jam 6.45 petang.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 15 Mac 2018