Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PERINGKAT NEGERI (JPPPNg) BIL 2/2018

Putrajaya, 12 Julai 2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Peringkat Negeri (JPPPNg) Bil 2/2018 telah diadakan di Bilik Gerakan Khas, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra pada 12 Julai 2018 yang dihadiri oleh pegawai pemantau negeri dan dari Ibu Pejabat ICU JPM. Setiap Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) diwakili oleh 2 orang pegawai. Encik Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT turut membentangkan kertas laporan yang bertajuk, “Amalan Terbaik Pemantauan Negeri Terengganu”. Di antara kertas/laporan yang dibentangkan semasa mesyuarat ialah:

  • Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Bagi Semenanjung Malaysia oleh Seksyen 1, Bahagian Pemantauan Pembangunan
  • Projek Perumahan Penjawat Awam oleh Seksyen 2, Bahagian Pemantauan Pembangunan
  • Profil Projek Fizikal RMLT Bermasalah-Kaedah Pemantauan dan Tindakan oleh Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal
  • Laporan Kecekapan Pelaksanaan Projek RMKe-10 oleh Badan Berkanun Persekutuan oleh Bahagian Penilaian Strategik
  • Pembentangan Amalan Terbaik Pemantauan Negeri oleh PPPN Terengganu dan PPPN Melaka

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg Dr Shahrazat binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan berlangsung dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 16 Julai 2018