Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL 5/2017

KUALA TERENGGANU 23 November 2017 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 5/2017 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu dan Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun,  telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek negeri dan persekutuan. Mesyuarat memfokuskan kepada prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek bagi tahun 2017 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.
Dalam mesyuarat tersebut, tiga (3) kertas taklimat telah dibentangkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan iaitu:

 (i) Projek Pembinaan Velodrom di Dungun, Terengganu dan Projek Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Fasa 1 dibentangkan oleh Cawangan Kerja Bangunan Am2 (CKBA2), JKR Malaysia;

(ii) Isu Pencemaran Bau di Tapak Kilang MARDEC, Hulu Terengganu dan langkah-langkah mengatasinya dibentangkan oleh MARDEC Processing Sdn Bhd;

(iii) Isu-isu Sosial di Negeri Terengganu dibentangkan oleh Pejabat Daerah Setiu dan Pejabat Daerah Besut; dan

Kertas Laporan juga telah dibentangkan oleh Pejabat ini yang berkaitan dengan         Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Laporan Projek Fizikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Laporan Prestasi Bank Data Kemiskinan e-Kasih bagi tahun 2017 dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu melaporkan  mengenai Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2017.

Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 26 November 2017