Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

18-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL 2/2018

KUALA TERENGGANU 29 Mac 2018 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 2/2018 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, Agensi-Agensi Utiliti dan Badan Berkanun Negeri telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek Persekutuan dan Negeri. Mesyuarat memfokuskan kepada prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek bagi tahun 2018 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.

Empat (4) kertas taklimat telah dibentangkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan iaitu:

 (i) Kertas Taklimat ‘Prestasi Pelaksanaan Projek Membina KT By-Pass Dan Isu-isu Berkaitan Ex-Gratia’ oleh Bahagian Pengurusan Projek Timur, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Ibu Pejabat JKR Malaysia;

(ii) Kertas Taklimat ‘Prestasi Pelaksanaan Projek Pembinaan Hospital Kemaman, Terengganu’ oleh Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia;

(iii)  Kertas Taklimat ‘Prestasi Pelaksanaan Pembinaan Kompleks Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu’ oleh Cawangan Kerja Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia; dan

(iii) Kertas Taklimat ‘Isu-isu Sosial di Pulau-Pulau Di Negeri Terengganu’ oleh Pejabat Daerah Besut dan Pejabat Daerah Kuala Nerus;

Selain itu, antara kertas laporan berkala yang dibentangkan adalah Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Laporan Projek Fizikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Laporan Prestasi Bank Data Kemiskinan e-Kasih bagi tahun 2018 dan Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2018.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 02 April 2018