Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL 2/2017

4 APRIL 2017 (Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 2/2017 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek negeri dan persekutuan. Mesyuarat memfokuskan kepada perancangan dan agenda pelaksanaan projek bagi tahun 2017 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.

Dalam mesyuarat tersebut, lima (5) Kertas Taklimat telah dibentangkan iaitu:

 (i) Pejabat Daerah Dungun bertajuk  Perancangan dan Pelaksanaan Program ‘Jom  Bantu Rakyat’ di Daerah Dungun;

(ii) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu bertajuk Projek-Projek Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11): Status Perancangan dan Pelaksanaan Projek-Projek Pemulihan Muara Sungai di Negeri Terengganu;

(iii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertajuk Projek-Projek Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11): Status Perancangan dan Pelaksanaan Projek-Projek Fizikal Termasuk One Line Item yang dilaksanakan oleh KETENGAH;

(iv) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bertajuk Cadangan Konsep Pembangunan Di Atas Tanah Milik MBKT dalam Pusat Bandar Kuala Terengganu; dan

 (v) Isu-Isu Sosial telah dibentangkan daripada Pejabat Daerah Kuala Nerus dan  Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Kertas Laporan juga telah dibentangkan oleh Pejabat ini yang berkaitan dengan RMKe-11, Projek Fizikal dan Prestasi Data Kemiskinan e-Kasih bagi tahun 2017 dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu melaporkan  mengenai Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2017.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 05 April 2017