Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL 1/2017

12 Februari 2017 (Ahad) - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 1/2017 yang diPengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh Ahli-Ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek negeri dan persekutuan. Mesyuarat memfokuskan kepada perancangan dan agenda pelaksanaan projek bagi tahun 2017 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.

Dalam mesyuarat tersebut, lima (5) Kertas Taklimat telah dibentangkan iaitu daripada (i) Tenaga Nasional Berhad Negeri Terengganu bertajuk  Prosedur  Caj Sambungan Pengguna (CSP) Bagi Bekalan Elektrik Ke Projek-Projek Milik Kerajaan. (ii) Unit Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi yang bertajuk Status Pelaksanaan Projek Politeknik Hulu Terengganu dan (iii) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bertajuk Bencana Banjir 2016/2017 Mengenai Laporan Kerosakan Jalan-Jelan Negeri Dan Persekutuan di Negeri Terengganu. (iv) 2 Isu-Isu Sosial telah dibentangkan terdiri daripada Pejabat Daerah Besut yang bertajuk Status Terkini Masyarakat di Perkampungan Ayah Pin, Batu 13, Hulu Besut dan Pejabat Daerah Setiu bertajuk melibatkan anak tidak sah taraf di daerah Setiu.

Kertas Laporan juga telah dibentangkan oleh Pejabat ini yang berkaitan dengan RMKe-11, Projek Fizikal dan Prestasi Data Kemiskinan e-kasih bagi tahun 2017 dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu melaporkan  mengenai Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2017.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. 

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 13 Februari 2017