Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

18-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (JKTNg) BIL. 1/2018

KUALA TERENGGANU 25 Januari 2018 -  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Terengganu (JKTNg) Bil 1/2018 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.

Mesyuarat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, Agensi-Agensi Utiliti dan Badan Berkanun Negeri telah membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek Persekutuan dan Negeri. Mesyuarat memfokuskan kepada prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek bagi tahun 2018 serta beberapa isu-isu semasa tempatan.

Empat (4) kertas taklimat telah dibentangkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan iaitu:

(i) Kertas Taklimat ‘Status Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang, Kuala Terengganu’ oleh Cawangan Pelaksanaan Projek Wilayah 5 (Timur), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT);

(ii) Kertas Taklimat ‘Projek-Projek RMKe-11 KETENGAH Yang Bermasalah Serta Langkah-langkah Mengatasinya’ oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH);

(iii) Kertas Taklimat ‘Status Pelaksanaan Projek-Projek Akujanji Kerajaan Persekutuan (AKP) Negeri Terengganu’ oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT); dan

(iv) Kertas Taklimat ‘Isu-isu Sosial di Negeri Terengganu’ oleh Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu;

Selain itu, antara kertas laporan berkala yang dibentangkan adalah Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Laporan Projek Fizikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Laporan Prestasi Bank Data Kemiskinan e-Kasih bagi tahun 2018 dan Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Negeri Terengganu bagi tahun 2018.

Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi ditangguhkan pada jam 1.00 petang.



Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 30 Januari 2018