Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM KELESTARIAN AKTIVITI VERIFIKASI eKASIH PERINGKAT DAERAH BERSAMA PEMIMPIN DAN PENDUDUK SETEMPAT DAERAH SETIU TAHUN 2017

Setiu, Isnin, 18 April 2017  - Program Kelestarian Aktiviti Verifikasi eKasih  Peringkat  Daerah Bersama Pemimpin dan Penduduk Setempat Daerah Setiu Tahun 2017 anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Setiu. Semua Pengerusi dan Setiausaha J3K serta Penghulu Mukim Daerah Setiu dan Penduduk Setempat telah dijemput hadir bagi menjayakan Program ini. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu (PKMDS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) selaku agensi pemberi bantuan telah dijemput untuk memberikan taklimat dan pencerahan mengenai bantuan yang disediakan. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu. Selain kaunter semakan eKasih, JKM dan MAIDAM juga dijemput untuk menyediakan kaunter perkhidmatan agensi bersama penduduk setempat sepanjang program berlangsung.
Program ini diadakan bertujuan untuk pemutihan data dalam Sistem eKasih agar dapat dijadikan panduan dalam gerak kerja verifikasi dan pemutihan peserta eKasih di samping membuka minda dan jiwa jentera dalam membina usaha yang lebih proaktif serta menjiwai peranan masing-masing dalam misi membasmi kemiskinan di Negeri Terengganu serta menyampaikan maklumat berkenaan bentuk bantuan dari agensi-agensi yang dijemput memberikan taklimat bagi memberi kesedaran terhadap peluang dan ruang yang tersedia untuk diuar-uarkan kepada penduduk setempat di kawasan masing-masing.

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 19 April 2017