Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

15-12-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

HIMPUNAN MESRA RAKYAT & PELANCARAN JENTERA JALINAN RAKYAT PLUS (JR PLUS) PARLIMEN MARANG

13 Mei 2017, Kuala Terengganu - Satu Himpunan Mesra Rakyat & Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Parlimen Marang telah dirasmikan oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Daerah Kuala Terengganu yang dihadiri lebih dari 15,000 orang rakyat Terengganu. Turut hadir pada himpunan ini adalah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, YB Haji A. Latiff bin Awang dan barisan Exco kerajaan negeri. Majlis yang bermula jam 3.00 petang dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku dan TTB dan disusuli dengan bacaan doa. Himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh YB Haji A. Latiff bin Awang, selaku Pegawai Penyelaras Parlimen Marang, ucapan oleh Menteri Besar Terengganu dan ucapan tama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. YAB Timbalan Perdana Menteri kemudiannya merasmikan melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Parlimen Marang dan menyempurnakan penyampaian Dana TOM dan Bantuan Am JKM kepada penerima.  Himpunan tamat sekitar jam 4.30 petang.


Sebelum menghadiri himpunan tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Encik Zakari bin Ali, Mantan Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu yang telah meninggal dunia pada 6 Mei 2017 yang lalu. Selain itu, beliau turut menghadiri majlis perkahwinan anakanda YBhg Dato’ Alias bin Bakar yang berlangsung pada hari ini.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 15 Mei 2017