Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN HEALTHCHECK KE PROJEK RMKe-11 DI DAERAH HULU TERENGGANU

Hulu Terengganu, 07 Ogos  2018 – Pegawai pemantau Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT telah mengadakan lawatan healthcheck ke projek-projek RMKe-11 yang sedang dalam pelaksanaan di sekitar Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan Daerah Hulu Terengganu.

Lawatan pertama bermula di projek Pembangunan Esplanade Pesisir Tasik Di Bandar Baru Gawi iaitu salah sebuah projek dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Projek ini bermula pada 21 Ogos 2016 dan sepatutnya siap pada 5 Jun 2018. Skop asal projek ialah menyediakan sebuah esplanade yang lengkap dengan laluan pejalan kaki, dataran, kiosk, gazebo dan mercu tanda dengan mensasarkan peningkatan kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir sekaligus meningkatkan pendapatan pengusaha produk pelancongan di sekitar kawasan tersebut.

Lawatan seterusnya ke Projek Sistem Pengangkutan Air dan Keselamatan Serta Limbungan yang juga merupakan projek KETENGAH. Projek ini telah bermula di tapak sejak 28 Ogos 2016 dan sepatutnya siap pada 27 Oktober 2017. Projek tersebut bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembaikian dan penyelenggaraan bot kepada pengusaha –pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir. Outcome asal projek ialah meningkatkan pendapatan pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir dan menyemarakkan lagi industri pelancongan di Tasik Kenyir.

Pegawai pemantau turut membuat tinjauan ke Projek Pembangunan Infrastruktur Kemudahan Awam dan Infostruktur Pengkalan Gawi dan Projek Pusat Komersial Gawi yang menyediakan bangunan medan selera dua tingkat, premis perniagaan dan hotel untuk kemudahan pengunjung di Tasik Kenyir.

Lawatan disusuli ke tapak Projek Pembinaan Politeknik Hulu Terengganu yang terletak di Mukim Hulu Telemong, Hulu Terengganu. Tarikh milik tapak projek ialah pada 12 Oktober 2015 dan dijangka siap pada 7 November 2018. Pembinaan kampus Politeknik Hulu Terengganu melibatkan pembinaan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Perdagangan, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, penginapan pelajar, kuarters dan bangunan sokongan lain. Prestasi fizikal projek ialah 76%(S) berbanding 84%(J).


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 08 Ogos 2018