Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN HEALTHCHECK KE PROJEK RMKe-11 DI DAERAH DUNGUN

Dungun, 13 Ogos 2018 – Pegawai pemantau Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT telah mengadakan lawatan healthcheck ke projek-projek RMKe-11 yang sedang dalam pelaksanaan di sekitar Daerah Dungun.

Lawatan pertama bermula di projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Pasir Raja, Dungun. Projek ini merupakan salah satu daripada lapan (8) buah projek Klinik Kesihatan (KK) yang sedang dibina di seluruh Negeri Terengganu di bawah seliaan JKR. Dengan kos sebanyak RM 7.0 juta, projek ini lewat berbanding jadual sebanyak 2% iaitu 30%(S)/32%(J).

Lawatan seterusnya ke Pembangunan Pusat Perkhidmatan / Rekreasi Dan Infrastruktur Awam Di Tasik Puteri, Bukit Besi yang merupakan projek KETENGAH. Projek ini telah bermula di tapak sejak 10 September 2017 dan dijangka siap pada 8 September 2018. Projek tersebut bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi awam untuk pengunjung di sekitar. Lanskap yang indah turut diserikan lagi dengan pembinaan esplanade pesisir Tasik Puteri, jeti kayak, bistro dan gazebo. Pihak KETENGAH mensasarkan outcome projek iaitu menjadikan Bukit Besi sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dan kawasan rekreasi utama wilayah KETENGAH tercapai dengan siapnya projek ini.

Pegawai pemantau turut membuat tinjauan ke Projek Pembangunan Produk- Produk Pelancongan Berasaskan Sejarah Bukit Besi yang menyediakan sebuah galeri warisan yang menempatkan artifak sejarah perlombongan Bukit Besi. Projek ini berstatus lewat jadual dan dalam kerja-kerja akhir penyiapan projek.

Lawatan disusuli ke tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Tok Kah, Dungun yang terletak di Kampung Tok Kah, Dungun, Terengganu. Tarikh milik tapak projek ialah pada 25 September 2017 dan dijangka siap pada 17 Mac 2019. Skop projek ini merangkumi pembinaan bangunan klinik dan kuarters jenis 2F dan 2G.

Lawatan diteruskan ke tapak Projek Hospital Dungun yang kini berada mencapai peratus kemajuan 63.4%(S) berbanding 68%(J). Hospital bertaraf pakar minor ini bakal menyediakan 110 buah katil dan dijangka siap pada Februari 2019.

Seterusnya, pemantauan dilakukan ke tapak projek Menggantikan Jambatan Sedia Ada Di FT003/448/60 Dungun yang masih di peringkat awal. Kerja-kerja site clearance sedang berlangsung.

Projek terakhir yang dilawati ialah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu. Objektif utama projek ini ialah untuk mengurangkan risiko kerosakan bot-bot nelayan yang berlaku akibat muara cetek dan pukulan ombak. Antara skop projek ialah pembinaan tembok pemecah ombak atau breakwater dan groyne bagi meminimakan impak pukulan ombak.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 15 Ogos 2018