14 Oktober 2017, Kemaman – Lebih 700 bot menyertai perarakan Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN2017) sebagai simbolik kekuatan dan kebanggaan golongan nelayan yang berlangsung di Pantai Kuala Kerteh, Terengganu. Program yang berlangsung sejak 12 Oktober lalu, telah berjaya menghimpunkan lebih 30,000 orang nelayan.
Program GNN2017 ini lebih ke arah memperkasakan lagi masyarakat nelayan dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai aspek di samping merapatkan perhubungan dengan warga kementerian dan perkhidmatan awam lainnya dalam menyelaraskan khidmat. Di samping itu, Program GNN2017 ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami kehidupan masyarakat nelayan dengan lebih mendalam, budaya nelayan dan cara hiburan mereka serta ianya telah menghidangkan satu pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.
Kemuncak program ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. YAB TPM juga turut mengumumkan bahawa Program GNN ini akan menjadi acara tahunan.
Di samping itu turut hadir ke Program GNN2017 ini ialah Ketua Pengarah ICU JPM, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM (Sektor Pembangunan Strategik), Datuk Zolkopli bin Dahlan, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Encik Jamaruslam bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Khas), Encik Md Razi bin Md Lazim, Penolong Pengarah (Seksyen Khas) , Puan Nurul Atteeya bt Mazlan, Penolong Pengarah ( Seksyen Khas), Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, dan empat (4) orang Penolong Jurutera Gred JA29 iaitu Encik Badrul Hisham bin Mohd, Encik Wan Abdul Hakim Bin Wan Chik, Encik Mohd Noor Adnin Bin Rohim dan Puan Akhmalrul Jomina Bt Awang. Majlis selesai sekitar jam 1.00 tengah hari.
|