Kuala Terengganu, Khamis, 23 November 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri Terengganu Bilangan 5 Tahun 2017 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Badan-Badan Berkanun yang berkaitan dengan kemiskinan di Negeri Terengganu.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu telah membentangkan Kertas Makluman Penemuan Penyiasatan Pendapatan dan Kemudahan Asas dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), GIATMARA juga membentangkan Kertas Makluman Bantuan Yang Disediakan Oleh Agensi Bagi Tahun 2017 Bagi Negeri Terengganu. Sebagai agenda tetap, PPPNT telah membentangkan Laporan Prestasi Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) Negeri Terengganu berdasarkan data yang dijana sehingga 22 November 2017.
Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran 2 orang ahli baharu iaitu Encik Abdul Manan bin Ismail selaku Pengarah Perbadanan Kraftangan (M) Cawangan Negeri Terengganu dan Encik Esa bin Rahimin selaku Pengarah RISDA.
Mesyuarat juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Saharuddin bin Mohd Kia, mantan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Terengganu mulai 16 Oktober 2017.
|